Tentang Kami
Anak JASA (M) Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pengeluar dan pengedar serbuk rempah berjenama Tok Ma. Rempah Tok Ma dihasilkan daripada bahan-bahan tradisional yang diproses secara asli (buatan sendiri) menggunakan 100% rempah ratus terpilih tanpa sebarang campuran bahan asing. Produk ini tidak mengandungi pewarna, monosodium glutamat (MSG) mahupun bahan pengawet.
Sejarah & Asal Usul
Hajah Salehah Binti Haji Mohamad telah mengadun dan menghasilkan serbuk rempah selama lebih 50 tahun menggunakan resipi warisan daripada ibunya. Pada awalnya, rempah ini digunakan untuk kegunaan keluarga dan dijual secara kecil-kecilan kepada jiran, sekali gus membantu menampung perbelanjaan isi rumah.
Apabila anak-anak beliau meningkat dewasa, pengalaman kerja yang diperoleh telah mencetuskan idea untuk meneruskan usaha Hajah Salehah ke tahap yang lebih tinggi dan komersial. Daripada penghasilan secara kecil-kecilan, mereka merancang untuk mengembangkan perniagaan ini secara lebih meluas dan tersusun. Selepas beberapa peringkat penjenamaan dan perancangan, tertubuhlah Anak Jasa (M) Sdn Bhd, dan jenama TOK MA diperkenalkan sebagai simbol warisan keluarga yang diteruskan oleh generasi seterusnya. Nama “JASA” merupakan akronim yang diambil daripada nama ibu bapa, iaitu Jaafar dan Salehah. Produk serbuk rempah yang dihasilkan kemudiannya menggunakan jenama baharu, iaitu TOK MA, yang merupakan panggilan mesra cucu-cucu kepada Hajah Salehah.
Diperakui Selamat & Bersih
Visi
Untuk menerajui pasaran sebagai penyedia pilihan utama rempah-rempah Pantai Timur yang autentik dan mudah digunakan serta membawa kembali rasa warisan silam ke masa hadapan.
Misi
- Kami adalah pengeluar rempah yang berdedikasi dalam menyampaikan rasa autentik rempah Pantai Timur yang sesuai untuk semua citarasa.
- untuk memperkayakan pengalaman kulinari dengan memudahkan penyediaan hidangan lazat tanpa mengorbankan keaslian rasa.
- Kami komited untuk memelihara warisan budaya masakan tradisional dan memastikan ia terus diwarisi oleh generasi akan datang.
